MALU SEPARUH IMAN
MALU
SEPARUH IMAN
MALU ITU
SEPARUH IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan
ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan
taat.
Jika
malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU
DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100%
keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada
itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'
Jika
sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan
tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi
pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan
menjauhi larangan.
Ukurlah
diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita.
Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita
diperiksa.
Ulama
pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah)
adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan
sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran
bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.
Proses
musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau
sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan
bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada
hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
Musyahadah
menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini
kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu,
menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya
kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api
neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan
yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.
Di
samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni
menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat.
Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan
dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah
dan juga sesama manusia.
Dalam
hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka
bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang
Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.
Wallahu'alam bish shawab
Komentar